Selamat Datang ke Website Najwa

Najwa Distribution (M) Sdn. Bhd adalah peneraju industri produk kebersihan dan kosmetik berasaskan sumber asli dan Halal di Malaysia, telah ditubuhkan pada tahun 1998. Ianya juga syarikat hakmilik bumiputra pertama yang mengeluarkan Ubat Gigi Kayu Sugi Najwa pada tahun 1998.

Najwa Distribution (M) Sdn. Bhd. mengilang serta memasarkan produk kebersihan diri dan kosmetik yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan eksport. Antara produk-produk Najwa termasuklah Ubat Gigi Herba, Sabun Mandi, Syampu, Losyen dan Produk Kecantikan Spa. Syarikat juga mempunyai pengguna setia yang menyokong produk halal digemari ramai iaitu, Ubat Gigi Kayu Sugi Najwa.

Syarikat Najwa percaya akan pentingnya inovasi produk yang berterusan, suatu hasrat yang disokong penuhnya oleh Pihak Pengurusan dan Penyelidikan Produk Najwa. Syarikat Najwa juga sentiasa memperbaiki kualiti dan aplikasi produk sedia ada secara berterusan untuk memenuhi keperluan pihak pelanggan. Syarikat Najwa adalah syarikat pertama di Malaysia yang memperkenalkan Sabun Habatus Sauda Najwa dirumus khas secara saintifik menggunakan ekstrak tulen berkualiti Habatus Sauda. Produk ini dipasarkan di Malaysia pada tahun 2007 dan mendapat pasaran yang baik serta permintaan tinggi daripada pelanggan yang berpuas hati untuk kulit yang cantik dan sihat.

Syarikat Najwa amat mementingkan mutu produknya dengan memastikan penjagaan kualiti berada di tahap yang optimum. Ini terbukti dengan penganugerahan pensijilan ISO 9001 kepada premis pengilangan produk Najwa. Syarikat juga mengamalkan keselamatan penghasilan produk dengan aplikasi GMP di dalam premis pembuatannya. Malah, penjagaan alam sekitar dan keselamatan pekerja turut dititikberatkan. Produk - produk Najwa yang dihasilkan syarikat telah mendapat pengesahan halal oleh pihak Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan diluluskan oleh Kementrian Kesihatan Malaysia (KKM).

Produk Najwa boleh didapati di pasaraya, farmasi dan rangkaian kedai terpilih. Produk Najwa juga dipasarkan ke luar Negara seperti di Arab, Jordan, Eropah, US/Canada and Asia. Syarikat Najwa giat melibatkan diri dalam penyelidikan dan inovasi produk baru untuk memberi lebih pilihan kepada pelanggan dan memenuhi keperluan mereka dengan cara Alternatif semulajadi, Selamat dan Halal.

Untuk maklumat lanjut sila email ke: admin@najwa.com.my

   

Produk

Jenama Produk Najwa dilancarkan di pasaran Malaysia khas untuk pengguna Islam dan untuk memenuhi keperluan pengguna yang ingin menggunakan produk berkualiti dan disahkan HALAL. Najwa dilancarkan sejak pada tahun 1998 dan telah mendapat pengiktirafan sebagai pengeluar produk berkualiti Halal untuk pengguna umat Islam. Najwa mengambil inisiatif awal untuk mengeluarkan produk Ubat Gigi Kayu Sugi Najwa diiktiraf HALAL serta berkualiti khas untuk pengguna umat Islam. Antara produk ekslusif Najwa di pasaran dalam dan luar negara termasuk Rangkaian Produk Kebersihan Diri Halal Najwa dan Produk White Spa Najwa. Kesemua produk NAJWA diproses secara HALAL & GMP dan diluluskan oleh Kementrian Kesihatan Malaysia (KKM).

SYAMPU HENNA NAJWA

SYAMPU HABATUS SAUDA NAJWA

SYAMPU WHITE SPA NAJWA

LOSYEN WHITE SPA NAJWA

Testimoni



En. Mohd Safuan Razak, 42 Pegawai Kerajaan


Saya sentiasa menggunakan Ubat Gigi Kayu Sugi Najwa dan saya tidak ada masalah dengan gusi dan gigi saya. Malah rasanya lebih segar dan semulajadi sepanjang hari. Saya mengesyorkan kepada semua kawan dan keluarga untuk menggunakan Ubat Gigi Kayu Sugi Najwa untuk gigi yang putih serta gusi yang sihat.



Pn. Zaleha Bt Rahim, 36 Peniaga Sendirian & Suri Rumah


Sejak menggunakan Sabun Habatus Sauda Najwa kulit saya lebih cantik, lembut dan sihat. Bintik Hitam dan jerawat badan juga hilang setelah menggunakan Sabun Najwa. Saya juga menggunakan Losyen White Spa Kala Lili Najwa dan ia berkesan untuk menjadikan kulit saya lebih putih, lembut dan licin.




Cik Hasmah Bt. Ismail, 23 Pelajar Universiti


Baru – baru ini saya mencuba Syampu Najwa Minyak Zaitun & Aloe Vera untuk rambut saya yang bermasalah minyak berlebihan dan kelumur. Dan selepas beberapa hari menggunakan rambut saya bersih daripada kelumur dan tidak berminyak seperti dahulu. Syampu Najwa sangat efektif, wangi, dan sesuai untuk rambut saya.


Hubungi kami










Najwa Distribution (M) Sdn Bhd

Head Office

Peti Surat 525

Jalan Sultan

46760 Petaling Jayan

Selangor Darul Ehsan

Malaysia

+603-56325910 / 12

admin@najwa.com.my



Berita Terkini